5jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) - Terbitan sukuk bernilai RM11.5 bilion oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) bukanlah satu bentuk penyelamatan baharu untuk Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya merupakan proses pembiayaan semula yang memberikan kelebihan aliran tunai berterusan kepada institusi berkenaan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menubuhkan program kertas komersial (CP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal bagi mengumpul dana untuk modal kerja, pelaburan, perbelanjaan modal dan tujuan korporat lain kumpulan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.353 bilion (US$1=RM4.03), menarik permintaan kukuh dan pelbagai daripada pelabur di seluruh rangkaian institusi kewangan Islamnya.
15hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merancang melaksanakan projek rintis Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu (Unmanned Valley Ecosystem) bagi memacu pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (Low Altitude Economy - LAE) di Malaysia.