BERITA TERKINI   Jerebu: Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar ditutup serta-merta - Pengarah Pendidikan Perak | Tempahan jet persendirian dikait dengan rampasan 521kg dadah di Laos dilakukan seorang warga Filipina - Polis | Kes bunuh Irene Sofiya: Sebatang besi panjang disyaki digunakan untuk pukul mangsa dirampas - Polis | Kes bunuh Irene Sofiya: Motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek kerana cinta ditolak mangsa - Polis | Jerebu: Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Bukit Jalil esok ditangguhkan - KBS | 

MITI Rancang Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu Pacu Ekonomi Altitud Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merancang melaksanakan projek rintis Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu (Unmanned Valley Ecosystem) bagi memacu pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (Low Altitude Economy - LAE) di Malaysia.

LAE merangkumi aktiviti ekonomi dan perkhidmatan awam dalam ruang udara altitud rendah yang memanfaatkan teknologi seperti dron, Mobiliti Udara Lanjutan (Advanced Air Mobility - AAM), logistik udara, pemeriksaan infrastruktur, pertanian pintar dan perkhidmatan kecemasan.

Ad Banner

Ekosistem itu turut merangkumi penggunaan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), teksi udara serta pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata projek rintis berkenaan dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan universiti dicadangkan sebagai antara lokasi pelaksanaannya.

“Kerajaan melalui Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO Malaysia) sedang merancang untuk menubuhkan unmanned valley, iaitu kawasan yang boleh digunakan untuk menguji pelbagai sistem penerbangan termasuk sistem vertiport.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Jadi, kalau kita boleh melaksanakan projek rintis di universiti, ia akan menarik perhatian golongan muda kerana mereka akhirnya akan menjadi generasi yang menggunakan teknologi ini,” katanya kepada Bernama selepas ditemui dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah, Pendigitalan & Aeroangkasa terbitan Bernama TV pada Isnin

Bagaimanapun, Sim berkata MITI turut terbuka kepada cadangan lokasi lain yang bersesuaian untuk melaksanakan projek rintis berkenaan.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu perlu mengambil kira beberapa cabaran, khususnya aspek keselamatan, bagi memastikan teknologi berkenaan dapat diuji dan dibangunkan dalam persekitaran yang terkawal.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini berkata garis panduan LAE dijangka diumumkan pada hujung tahun ini sebagai kerangka pengawalseliaan, operasi dan tadbir urus bagi memastikan integrasi ruang udara yang selamat dalam sektor berkenaan.

Garis panduan itu sedang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan dijangka diumumkan sempena Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026.

-- BERNAMA