2jam ago
GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang memperoleh pelaburan diluluskan sebanyak RM2.3 bilion dalam sektor teknologi perubatan dari 2021 hingga suku pertama 2026, melibatkan 40 projek dan mewujudkan hampir 4,500 peluang pekerjaan, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
17hari ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
19hari ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Amden Capital Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembiayaan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesejahteraan, melihat potensi besar Korea Selatan untuk menjadi destinasi utama bagi rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan perubatan khusus, terutama dalam bidang yang mempunyai kepakaran pakar, teknologi canggih dan pengalaman luas dalam prosedur perubatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Intuitive Surgical Inc, syarikat perintis pembedahan bantuan robotik Amerika Syarikat (AS) dan disenaraikan di Nasdaq, menjangkakan pelaburannya di Pulau Pinang mencecah hampir US$500 juta (US$1=RM4.08) sepanjang tempoh lima tahun pertama operasinya di negeri itu.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melabur sejumlah RM28 juta dalam tiga firma teknologi dengan pertumbuhan dan nilai tinggi yang diterajui Bumiputera bagi mempercepat inovasi dalam bidang automasi industri, penjagaan kesihatan serta keterangkuman digital.