10jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.
22jam ago
SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara terus memperkukuh usaha meningkatkan keterangkuman kewangan menerusi pelancaran MyCoverageOKU, sebuah platform digital yang menyediakan akses lebih mudah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
1hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.
1hari ago
KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Seramai 5,879 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah menerima manfaat daripada Program Bantuan SME-UP yang dilaksanakan sejak 2017 hingga 2025, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan sedikit meningkat memandangkan tekanan ke arah kenaikan atau penurunan harga dijangka minimum.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 27-28 Oktober.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan menurun sedikit minggu depan, kata seorang penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, EPIC Bhd telah dinobatkan sebagai finalis di Anugerah Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 dalam kategori Operator Pelabuhan Terbaik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).