BERITA TERKINI   KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Dengan Kecenderungan Sedikit Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan sedikit meningkat memandangkan tekanan ke arah kenaikan atau penurunan harga dijangka minimum.

Pakar industri Denis Low memberitahu pasaran getah tidak dijangka mengalami turun naik ketara dari segi permintaan atau harga meskipun ketegangan geopolitik terus memuncak.

Ad Banner

“Dengan kenaikan harga minyak, kos pengeluaran dan logistik turut meningkat sekali gus mendorong kenaikan harga getah secara beransur-ansur. Bagaimanapun, keadaan ini masih terkawal kerana industri yang telah matang ini memahami batasannya.

“Memandangkan penawaran dan permintaan berada dalam keadaan seimbang, aktiviti spekulasi semakin reda dengan pembelian tertumpu hanya kepada tujuan menambah semula stok,” katanya kepada Bernama.

Low menegaskan bahawa keadaan cuaca buruk yang semakin reda membolehkan pengeluaran getah pulih.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Peningkatan hasil pengeluaran getah telah menstabilkan pasaran sekali gus memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan biasa,” katanya.

Menurut Low, Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan ribut petir dan hujan lebat terpencil di timur Thailand serta kawasan pantai di selatan.

Beliau berkata, bagi Malaysia, Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negara ini.

Dalam pada itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memaklumkan aliran kenaikan harga lateks mungkin berterusan minggu depan.

Ia menyatakan bahawa masalah cuaca yang berlarutan, taburan hujan tidak menentu dan kebimbangan terhadap fenomena El Niño di rantau pengeluar getah utama akan terus menjejaskan bekalan bahan mentah.

“Pada minggu ini, pasaran getah mendapat rangsangan daripada permintaan tayar susulan jualan kereta manakala harga lateks juga dilihat meningkat,” jelas persatuan itu.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 9.5 sen kepada 1,042 sen sekilogram manakala lateks pukal naik lapan sen kepada 798.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA