BERITA TERKINI   ACC 2026/2027: Kuching City 2-2 Tampines Rovers | Bernama terima Anugerah Penyiaran Media Massa pada majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) malam ini | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " potensi perniagaan"

Sasaran IGEM 2026 Jana Potensi Perniagaan RM22.5 Bilion Mampu Dicapai -- Arthur

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026 bermula hari ini hingga 9 Oktober, dijangka mampu mencapai sasaran potensi perniagaan bernilai RM22.5 bilion berbanding RM5.5 bilion yang disasarkan pada tahun lepas.

MIHAS Catat Jualan RM5.5 Bilion Hari Keempat, Yakin Capai RM6 Bilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 merekodkan potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat penganjurannya, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM6 bilion menjelang akhir pameran.

MIHAS 2026 Jadi Platform Praktikal Hubungkan Usahawan Malaysia, China - MEEDC

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang sedang berlangsung merupakan platform praktikal untuk menghubungkan usahawan Malaysia dan China, dengan produk berasaskan durian dari Perak dilihat berpotensi besar menembusi pasaran China.

Brazil Lihat Malaysia Sebagai Pintu Masuk Strategik Bagi Teroka Pasaran Halal Asia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Brazil melihat Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke pasaran halal Asia yang lebih meluas berikutan faktor logistik, ketersambungan rantaian bekalan dan saiz pasarannya.

Penyertaan Sulung Libya Dalam MIHAS 2026 Bakal Rancakkan Dagangan Dua Hala Dengan Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Penyertaan sulung Libya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bertujuan meningkatkan perdagangan dua hala di antara Libya dengan Malaysia, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Am Pameran dan Persidangan Libya Essam Al-Aoul.

MIHAS 2026 Sasar Jana Potensi Perniagaan Lebih RM5 Bilion, Perluas Eksport Halal

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Labuan IBFC, TRX City Perkukuh Visi ‘1 Ekosistem, 2 IFC’

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.

Bank Islam Serah Hadiah Hampir RM2.5 Juta Kepada Lapan Pemenang Program, Kempen

KOTA BHARU, 12 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyerahkan hadiah bernilai hampir RM2.5 juta kepada lapan pemenang menerusi program iGAIN SME Fortune Drive 2025 dan kempen AWFAR 2026.