15jam ago
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang untuk memperkukuh lagi hubungan strategik dan kerjasama antara Malaysia dengan China.
20jam ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China pada Khamis dengan perbincangan diplomatik peringkat tinggi di Hangzhou dan menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- YTL AI Labs Sdn Bhd, cabang penyelesaian kecerdasan buatan (AI) YTL Power International Bhd di bawah YTL Group, hari ini melancarkan Nemotron-Personas-Malaysia, set data terbuka yang dibangunkan bersama NVIDIA bagi mencerminkan kepelbagaian penduduk Malaysia melalui 1.35 juta profil sintetik.
2hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah mempercepat pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta memperkukuh akses pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk menerusi pembiayaan berasaskan kontrak dan invois.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah pemuktamadan Kerangka Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dapat memberi kejelasan berhubung pelaksanaannya menjelang tarikh penguatkuasaan pada akhir Disember 2026.
3hari ago
Daripada Harlina Samson
SHANGHAI, 21 Sept (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.
3hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 21 Sept (Bernama) -- Usaha integrasi ekonomi ASEAN seterusnya boleh dirangka berdasarkan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 Malaysia.
10hari ago
JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- Tanah wakaf bernilai berbilion ringgit yang kurang dimanfaatkan di Malaysia boleh dibangunkan sebagai perumahan mampu milik sekiranya rangka kerja perundangan yang jelas diwujudkan bagi membolehkan pembangunan jangka panjang tanpa memindahkan hak milik tanah itu, menurut pengamal hartanah Datuk Idzham Mohd Hashim.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memperluas Hab Pengetahuan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) menjadi platform risikan perdagangan sepanjang tahun untuk memacu daya saing global pengeksport Malaysia.
16hari ago
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Wilayah Pantai Timur berpotensi besar menjadi hab utama bagi pemerkasaan keterjaminan makanan negara serta peneraju ekonomi hijau menerusi pemanfaatan tenaga boleh baharu (TBB).