Terdapat 404 berita berdasarkan kata kunci carian " domestik"

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Ditutup Mendatar Susulan Kebimbangan Terhadap Hasil Bon AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Belanjawan: LIAM Minta Skim Insurans Pekerja Dikecualikan Cukai, Teliti Cukai Syarikat Insurans Semula

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.1 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.

Malaysia Perlu Jadi Pembentuk Pasaran Halal Global - Zulkifli 

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu beralih daripada peranan sebagai penanda aras industri halal, dengan melaksanakan tugas lebih besar sebagai pihak yang membentuk pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. 

Bangladesh Mohon Kepakaran Malaysia Rancakkan Eksport Halal Ke Asia Tenggara

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bangladesh mahu memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal dan piawaian pengawalseliaan bagi memperkukuh ekosistem halalnya serta memperluas eksport produk halal ke pasaran Asia Tenggara.

Malaysia Tetapkan Langkah Perlindungan Eksport Karbon Demi Melindungi Komitmen NDC

KOTA KINABALU, 24 Sept  (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Pelabuhan Malaysia Di Kedudukan Terbaik Untuk Teraju Peralihan Hijau

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peralihan negara ke arah operasi pelabuhan yang lebih hijau, memandangkan peranan strategik mereka dalam menghubungkan industri domestik ke pasaran global dan mengukuhkan hubungan perdagangan ASEAN dengan rakan perdagangan utama, termasuk China.

Kejayaan Perluas Tenaga Bersih Bergantung Kesediaan Sistem Tenaga Secara Menyeluruh - TNB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Permintaan daripada pelanggan dan industri yang terus meningkat menyebabkan penjanaan tenaga yang lebih bersih perlu berkembang seiring dengan grid yang pintar dan cekap, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.

ADB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Bagi 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.

Sektor OGSE Dijangka Tingkatkan Prestasi, Hasil Dalam Tempoh Tiga Tahun - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) meningkatkan prestasi serta pendapatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang menerusi pengembangan ke pasaran luar negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.