2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Econpile Holdings Bhd telah memperoleh subkontrak RM48.8 juta daripada Vestland Infra Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan asas membabitkan sebuah projek pangsapuri servis di ibu negara.
2bulan ago
SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Jumaat dengan dibuka tinggi sedikit, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam kaunter telekomunikasi dan pengangkutan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd merekodkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya sebanyak lima peratus kepada RM258 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2026, dipacu oleh sumbangan kukuh daripada nilai perolehan kontrak untuk pembinaan domestiknya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) --Southern Cable Group Bhd telah memperoleh pensijilan produk rasmi daripada penyedia utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membekalkan kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Permintaan mendadak berkaitan kecerdasan buatan (AI) terbukti mendorong ledakan eksport teknologi, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi termasuk Malaysia, menurut S&P Global Ratings.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.
2bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
ISTANBUL, 21 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini bukan sahaja menyaksikan deklarasi sidang kemuncak, mesyuarat dua hala dan perbincangan mengenai perdagangan dan tenaga, malah turut memperlihatkan sambutan luar biasa yang diterima beliau di pentas antarabangsa.
2bulan ago
KEPALA BATAS, 20 Jun (Bernama) -- SP Setia Bhd melakar satu lagi pencapaian dengan memulakan pembangunan Setia Fontaines Industrial Park di Bertam menerusi majlis pecah tanah hari ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan perindustrian yang bersedia untuk masa hadapan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Vestland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Vestland Infra Sdn Bhd (VISB), menerima surat lantikan (LOA) daripada Scanwolf Trading & Construction Sdn Bhd (STCSB) untuk kontrak kerja bernilai RM65 juta.
2bulan ago
ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.