BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Unit Vestland Raih Kontrak Kerja Bernilai RM65 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Vestland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Vestland Infra Sdn Bhd (VISB), menerima surat lantikan (LOA) daripada Scanwolf Trading & Construction Sdn Bhd (STCSB) untuk kontrak kerja bernilai RM65 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Vestland menyatakan kontrak itu melibatkan kerja-kerja cerucuk dan substruktur untuk satu blok pangsapuri perkhidmatan 74 tingkat, termasuk tempat letak kereta, tingkat bawah tanah, lot kedai dan kemudahan berkaitan di Jalan Pavilion di sini.

“Tarikh siap untuk kerja-kerja kontrak itu ialah pada 18 Jun, 2028, dengan tarikh permulaan bermula hari ini,” tambahnya.

Ad Banner

Syarikat itu turut menyatakan kontrak berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama Vestland memandangkan tiada terbitan saham biasa baharu dalam syarikat.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Vestland serta anak syarikatnya sepanjang tempoh kontrak dengan mengandaikan tiada kelewatan ketara dalam garis masa pelaksanaan,” tambahnya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner