BERITA TERKINI   ACC 2026/2027: Kuching City 2-2 Tampines Rovers | 

Terdapat 229 berita berdasarkan kata kunci carian " mesyuarat"

WCE Holdings Teliti Sambungan Lebuh Raya Jajaran Selatan Dengan Rangka Kerja Biaya Dan Dasar

PETALING JAYA, 24 Ogos (Bernama) -- WCE Holdings Bhd akan menilai dengan teliti sebarang cadangan rasmi membabitkan sambungan Selatan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), dengan mengambil kira dasar semasa, pembiayaan dan rangka kerja pembangunan.

WCE Holdings Jangka Aliran Tunai Positif, Pulang Modal Menjelang 2030

PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat konsesi tol untuk West Coast Expressway (WCE), WCE Holdings Bhd menjangka akan mencapai aliran tunai dan pulangan modal yang positif menjelang tahun kewangan 2030.

MATRADE Tingkat Sasaran Jualan MIHAS 2026 Kepada RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menaikkan sasaran jualan bagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) kepada RM5 bilion daripada RM4.5 bilion, berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Alami Aktiviti Ambil Untung Minggu Depan Selepas Catat Pengukuhan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan selepas mencatat aliran pengukuhan pada minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi Paras US$4,600 Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$4,600 setiap auns troy minggu depan. 

Bank Islam Umum Persaraan Pengerusi Ismail Bakar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) hari ini mengumumkan persaraan Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkuat kuasa 22 Ogos 2026, iaitu selepas enam tahun menganggotai Lembaga Pengarah. 

NexG Anggarkan Nilai Datasonic Technologies Pada RM7.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh NexG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang bertanggungjawab dalam penyediaan kad pengenalan MyKad, sekarang ini dinilaikan pada RM7.5 bilion berikutan permintaan kerajaan untuk harga indikatifnya.

Khazanah Maklumkan Kemajuan, Tadbir Urus Pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah ketiganya bagi tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

PM Arah Siasat Anak Syarikat Khazanah, Kesan Potensi Ketidakaturan Kewangan

KLANG, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap Xeraya Capital, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd untuk mengesan sebarang potensi ketidakaturan kewangan.

Kumpulan AmBank Unjur Pertumbuhan Pinjaman Tahun Kewangan 2027 Kekal 7-8 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mengunjurkan pertumbuhan pinjamannya kekal pada sekitar tujuh hingga lapan peratus bagi tahun kewangan 2027 dipacu oleh permintaan berterusan daripada syarikat korporat peringkat pertengahan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

MyCEB Perhebat Usaha Tarik Acara Perniagaan Indonesia Ke Malaysia

JAKARTA, 20 Ogos (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) mempergiat usaha untuk menarik lebih banyak acara perniagaan dari Indonesia ke Malaysia menerusi Indonesia Roadshow 2026 di Surabaya dan Jakarta, sekali gus menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.