BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Bank Islam Umum Persaraan Pengerusi Ismail Bakar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) hari ini mengumumkan persaraan Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkuat kuasa 22 Ogos 2026, iaitu selepas enam tahun menganggotai Lembaga Pengarah. 

Beliau telah berkhidmat sebagai pengerusi bank tersebut sejak Ogos 2020. 

Menurut bank itu dalam satu kenyataan hari ini, Ismail telah memainkan peranan penting melalui kepimpinan berwibawa dan panduan strategik yang jelas untuk menyokong pertumbuhan kumpulan, kecemerlangan tadbir urus, dan penciptaan nilai jangka panjang, serta telah memperkukuhkan rangka kerja tadbir urus dan agenda transformasi korporatnya. 

Ad Banner

Sementara itu, sepanjang tempoh interim, Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif Mohd Yuzaidi Mohd Yusoff akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah bermula 22 Ogos sehingga pengerusi yang baharu dilantik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz pula berkata kepimpinan Ismail telah memperkukuhkan asas tadbir urus, fokus strategik dan keupayaan institusi kumpulan itu. 

“Kami ingin merakamkan terima kasih atas sumbangan beliau kepada pembangunan Bank Islam dan mendoakan beliau terus dilimpahi kejayaan pada masa hadapan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA