BERITA TERKINI   Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | 

WCE Holdings Jangka Aliran Tunai Positif, Pulang Modal Menjelang 2030

PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat konsesi tol untuk West Coast Expressway (WCE), WCE Holdings Bhd menjangka akan mencapai aliran tunai dan pulangan modal yang positif menjelang tahun kewangan 2030.

Ini berikutan penyiapan penuh WCE dengan pembukaan bahagian tiga, empat dan tujuh di Selangor, yang disasarkan siap menjelang suku pertama 2027.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lyndon Alfred Felix berkata kumpulan itu menyasarkan untuk kembali meraih keuntungan menjelang 2032, lima tahun selepas WCE selesai sepenuhnya pada 2027.

Ad Banner

“Lapan daripada 11 bahagian telah pun siap, dengan baki tiga bahagian. Kami menjangkakan jumlah trafik berpotensi untuk naik berganda daripada paras semasa susulan pembukaan tiga bahagian ini.

“Sebaik sahaja kami mencapai pertumbuhan trafik ini, kami akan mempunyai keterlihatan yang lebih besar pada unjuran hasil dan menjangka mencapai titik pulang modal dalam tempoh lima tahun,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan WCE Holdings ke-25 di sini hari ini.

Bahagian tujuh akan menjadi penghubung penting antara Perak dan Selangor, dengan penyiapannya diunjurklan meletakkan WCE sebagai alternatif yang berdaya maju untuk trafik jarak jauh, terutamanya semasa tempoh perayaan dan cuti.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Hanya selepas selesainya bahagian tujuh, kami akan mula melihat trafik jarak jauh yang ketara melalui WCE. Saya fikir kami boleh benar-benar meletakkan laluan kami sebagai alternatif yang baik kepada Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya.

Pada suku pertama berakhir 30 Jun tahun kewangan, WCE Holdings mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM24.5 juta berbanding -RM25.33 juta yang disaksikan pada tahun sebelumnya, dipacu oleh pertumbuhan hasil tol berikutan lebih banyak bahagian WCE mula beroperasi.

Hasil bagi suku tersebut jatuh 64.25 peratus kepada RM140.8 juta daripada RM393.8 juta disebabkan oleh hasil pembinaan yang lebih rendah ketika lebuh raya itu sedang disiapkan.

Lyndon menyatakan penyiapan WCE boleh memacu pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri yang dihubungkannya, terutamanya Selangor dan Perak, dengan memangkinkan kedudukan koridor perbandaran baharu mereka.

“WCE terletak berdekatan dengan pelabuhan-pelabuhan utama termasuk Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Lumut. Kami melihat perkembangan logistik yang ketara sedang berlaku seperti pembangunan di  Pulau Carey serta Pelabuhan Lumut.

“Semua pembangunan ini akhirnya akan bergantung kepada WCE sebagai tulang belakang infrastruktur kritikal, bukan sahaja untuk logistik, tetapi juga bagi menyokong pembangunan ekonomi di sepanjang koridor,” tambahnya.

-- BERNAMA