Terdapat 1687 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Lawatan Kerja PM Anwar Ke China Bagi Misi Diplomasi Pelbagai Hala, Perdagangan Digital, TVET 

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 21 Sept  (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.

Pemegang Unit AmFIRST REIT Lulus Penjualan Menara AmBank Bernilai RM331 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.

Fasa Integrasi ASEAN Seterusnya Disaran Berdasarkan Prinsip NIMP 2030 - Tengku Zafrul

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 21 Sept (Bernama) -- Usaha integrasi ekonomi ASEAN seterusnya boleh dirangka berdasarkan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 Malaysia.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus Dalam Mesyuarat Pada November

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Apex Securities Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November ini.

Majlis Rantaian Bekalan ASEAN Kini Struktur Kerja Tetap ASEAN-BAC

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Majlis Rantaian Bekalan ASEAN memasuki fasa baharu apabila beralih menjadi struktur kerja tetap di bawah Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Eksport Malaysia Naik 31.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM1.36 Trilion Bagi Januari-Ogos 2026 -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.

Kenanga Tingkat Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 28.5 Peratus, Jangka Cecah RM2 Trilion

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada 28.5 peratus (2025: 6.6 peratus) daripada 19.0 peratus sebelum ini, dengan nilai eksport dijangka melepasi paras RM2.0 trilion tahun ini.

Sektor Perladangan, Utiliti, Penjagaan Kesihatan Tarik Aliran Masuk Asing RM299.6 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sektor perladangan, utiliti dan penjagaan kesihatan telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM299.6 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal, FBM KLCI Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin berikutan pelabur mengambil kira prestasi pasaran serantau yang kukuh berbanding kebimbangan berterusan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN Selepas BOJ Naikkan Kadar Faedah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Isnin berikutan pelabur menilai kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat lepas.

Ledakan e-Sukan Malaysia: Daripada Minat Kepada Peluang Ekonomi Digital

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Seorang profesional muda yang juga akauntan sepenuh masa dan peminat e-sukan, Mohamed Ilyas Suhairi bermain permainan video untuk merehatkan minda selepas seharian bekerja apabila permainan itu sentiasa menawarkan perkara baharu untuk diterokai.

Jerebu Rentas Sempadan, Melangkaui Isu Titik Panas Dan Perdebatan Minyak Sawit

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 20 Sept (Bernama) -- Jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan di Malaysia sekali lagi menjadikan isu kebakaran hutan dan tanah di rantau ini menjadi tumpuan.