22hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif pada 2026, menurut ahli ekonomi.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) - Terbitan sukuk bernilai RM11.5 bilion oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) bukanlah satu bentuk penyelamatan baharu untuk Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya merupakan proses pembiayaan semula yang memberikan kelebihan aliran tunai berterusan kepada institusi berkenaan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya hari ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu namun mengukuh berbanding pound Britain dan euro di tengah-tengah peningkatan hasil bon global serta kebimbangan terhadap paras hutang kerajaan yang tinggi di negara maju.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar dua juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) hingga 2028.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ringgit terus disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan walaupun pergerakan mata wang itu dalam jangka pendek dijangka kekal dipengaruhi oleh jangkaan terhadap dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen risiko yang lebih meluas.
23hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kenaikan harga minyak mentah Brent yang meningkatkan kebimbangan inflasi, sekali gus mendorong jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.
24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa di sebalik aktiviti jualan meluas berikutan sentimen global yang lebih lemah menjejaskan minat risiko pelabur.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) - Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) melantik Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.
24hari ago
LABUAN, 1 Sept (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memperketat syarat pengawalseliaan bagi aktiviti pembrokeran wang digital di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk memperkukuh integriti pasaran serta ketahanan operasi.
24hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerjasama rapat antara kerajaan, pihak berkuasa dan pengilang amat penting bagi meminimumkan risiko gangguan operasi industri sekiranya Malaysia berdepan fenomena El Nino yang teruk dan berpanjangan, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).