Terdapat 82 berita berdasarkan kata kunci carian " perak"

Anak Syarikat Exsim Hospitality Raih Kontrak Kerja Reka Bentuk Dalaman Bernilai RM63.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Exsim Concepto Sdn Bhd (ECSB), menerima surat lantikan daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd untuk kerja-kerja reka bentuk dan binaan dalaman di bawah kontrak bernilai RM63.5 juta.

Syarikat Perancis Carester Bina Loji Nadir Bumi Di Perak Hasil Usaha Sama Selama 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Syarikat Perancis, Carester hari ini memaklumkan rancangannya untuk membina loji pengasingan nadir bumi di Perak, menerusi usaha sama (JV) selama 10 tahun dengan Malaco Mining Sdn Bhd (Malaco).

Unit BM Greentech Ambil Alih NEFIN V Power Pada RM3.6 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.

SME Bank Lantik Samad Majid Zain Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), mengumumkan pelantikan Samad Majid Zain sebagai ketua pegawai eksekutif berkuat kuasa 1 Julai, 2026.

Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand akan dirundingkan secara dua hala dengan Thailand sebelum dilaksanakan, kata Kementerian Ekonomi.

Gerakan Koperasi Seluruh Negara Catat Perolehan RM81.62 Bilion Pada 2025

KEMAMAN, 1 Julai (Bernama) -- Gerakan koperasi di negara ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila perolehannya meningkat hampir 20 peratus kepada RM81.62 bilion pada tahun lepas berbanding RM68.18 bilion pada tahun sebelumnya.

Pasaran Modal Boleh Tutup Jurang Pembiayaan PKS Untuk R&D, Pengembangan – Bursa Malaysia

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan pasaran modal sebagai sumber pembiayaan alternatif bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengembangan perniagaan yang tidak dapat ditampung sepenuhnya melalui pembiayaan bank konvensional, menurut Bursa Malaysia Bhd.

AKPK Lantik Azman Hasim Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melantik Azman Hasim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.

Dagangan Malaysia Cecah RM3.1 Trilion Pada 2025, Pulau Pinang Ungguli Eksport -- DOSM

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Malaysia Meningkat Kepada RM121.3 Bilion Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).