BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

AKPK Lantik Azman Hasim Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melantik Azman Hasim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, AKPK berkata Azman membawa pengalaman lebih tiga dekad dalam industri perkhidmatan kewangan serta hampir 20 tahun berkhidmat di agensi itu.

Sejak 1 Jan, 2026 Azman menggalas tugas sebagai Pemangku CEO susulan persaraan bekas CEO, Azaddin Ngah Tasir, sekali gus memastikan peralihan kepimpinan yang lancar serta kesinambungan hala tuju strategik agensi, kata agensi itu.

Ad Banner

Azman memiliki ijazah dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Beliau juga merupakan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar dengan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

Menurut AKPK, selaku CEO, Azman akan menerajui pelaksanaan strategi jangka panjang AKPK yang utama, dengan tumpuan untuk memperteguh keupayaan kewangan, meningkatkan akses kepada khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kredit serta meluaskan jangkauan kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengerusi AKPK Fauziah Hisham berkata pengalaman luas, wawasan strategik serta pemahaman mendalam Azman mengenai mandat AKPK meletakkan beliau pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin organisasi itu ke fasa pertumbuhan dan impak yang seterusnya.

-- BERNAMA