BERITA TERKINI   Pengguna yang masih dikenakan fi RM1 di ATM diminta lapor ke Bank Negara untuk tindakan susulan - Fahmi | Pembukaan Pusat Pembangunan Global syarikat fintech di TRX bukti kestabilan politik dan dasar negara terus tarik pelaburan asing - Fahmi | Jawatankuasa kerja dan kumpulan teknikal tangani jenayah penipuan dalam talian telah ditubuhkan pada 18 Jun - Fahmi | Malaysia rancang guna semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu - TPM Fadillah | Kegagalan untuk campur tangan, terutama negara-negara yang berupaya mempengaruhi rejim Zionis, hanya memberi ruang kepada rejim itu untuk memperluaskan peperangannya di rantau itu - PM Anwar | 

SME Bank Lantik Samad Majid Zain Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), mengumumkan pelantikan Samad Majid Zain sebagai ketua pegawai eksekutif berkuat kuasa 1 Julai, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu memaklumkan Samad telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kewangan, daya tahan organisasi dan pelaksanaan strategiknya sejak menyertai SME Bank sebagai ketua pegawai kewangan pada November 2021.

"Pelantikan ini mencerminkan keyakinan lembaga pengarah terhadap kepimpinan beliau, pengalaman luas dalam industri perkhidmatan kewangan dan komitmen teguh beliau dalam melaksanakan mandat pembangunan SME Bank," menurut kenyataan itu.

Ad Banner

Sejak pelantikannya, Samad telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan, daya tahan organisasi dan pelaksanaan strategi bank itu, di samping menyediakan kepimpinan yang mantap sepanjang tempoh peralihan yang signifikan.

"Sebagai sebahagian daripada Kumpulan BPMB, lembaga pengarah yakin beliau akan terus  memperkukuh asas yang telah dibina bagi meningkatkan impak pembangunan SME Bank, pemerkasaan PMKS Malaysia serta menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara dalam jangka masa panjang," tambahnya.

Sebelum menyertai SME Bank, Samad pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi kumpulan di sebuah bank pelaburan tempatan yang disokong oleh sebuah institusi perbankan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Samad merupakan seorang jurubank bertauliah daripada Institut Bank-bank Bertauliah Asia (AICB) dan Felo Akauntan Bertauliah (FCPA) yang diiktiraf oleh CPA Australia.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Western Australia serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam pengkhususan Pengurusan Teknologi Maklumat dari Universiti Multimedia.

-- BERNAMA