Terdapat 806 berita berdasarkan kata kunci carian " kerja"

Labuan IBFC, TRX City Perkukuh Visi ‘1 Ekosistem, 2 IFC’

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Pulau Pinang Sasar Terminal Jeti Swettenham Jadi Pelabuhan Pangkalan Utama Sebahagian Rantau

GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.

Sabah Catat Peningkatan 25.5 Peratus Ketibaan Pelancong China

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Bekalan Gas Sabah Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Menjelang 2030 - Hajiji

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.

MOTAC, MGA Teroka Kerjasama Hasilkan Produk Emas Bertemakan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia (MGA) bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai pendekatan baharu untuk mempromosikan identiti dan destinasi pelancongan negara.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Harga Minyak Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan data pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah selepas indeks ditutup rendah 0.26 peratus semalam, kata penganalisis.

MATRADE Sambut Baik PROTON Sebagai Rakan Mobiliti Rasmi MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penyertaan Proton Holdings Bhd (Proton) sebagai rakan mobiliti rasmi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

Teknologi Baharu Berpotensi Buka Peluang Untuk Ekonomi Biru Malaysia - Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Menurut pakar dari Malaysia dan Jepun, teknologi baharu yang sedang berkembang seperti Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC), penghasilan hidrogen menggunakan tenaga angin, dan penyelesaian maritim hijau berpotensi membuka peluang baharu bagi Ekonomi Biru Malaysia.

Pelaburan Swasta Domestik Mampu Hidupkan Semula Aset Usang, Ekonomi Setempat — Johari

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Usaha pelaburan swasta domestik berupaya menghidupkan semula aset usang selain dapat merancakkan ekosistem ekonomi setempat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Affin Bank, IFC Bekerjasama Perluas Akses Pembiayaan PMKS Melalui Pakej US$400 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd bekerjasama dengan ahli kumpulan Bank Dunia iaitu Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) bagi memperluas akses pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh Malaysia.

CAEXPO 2026, CABIS Dibuka Di Nanning, Perkukuh Kerjasama Ekonomi China-ASEAN

Daripada Siti Fauziah Hasan

NANNING (CHINA), 17 Sept (Bernama) -- Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) dibuka di sini hari ini, memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan serta integrasi ekonomi serantau.