24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd bercadang menjual 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam unit milik penuhnya, Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS Family) dan Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS General) kepada Rakyat Nominees Sdn Bhd dengan harga RM1.64 bilion secara tunai, tertakluk kepada pelarasan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Vantris Energy Bhd memperoleh kontrak bernilai RM830 juta bagi perkhidmatan pengangkutan, pemasangan dan pelantar penggerudian dibantu kapal sokongan (TADR) di Malaysia.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- GFM Services Bhd menerusi unit tenaganya memperoleh pesanan pelepasan tambahan berjumlah RM83.1 juta bagi pakej kerja penyelenggaraan loji utama di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) mencatat kenaikan.
24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain pada Selasa, apabila dolar AS terus disokong oleh data pembuatan negara itu yang lebih kukuh daripada jangkaan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa, dipacu kenaikan sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan apabila pelabur kembali memberi tumpuan kepada sektor defensif serta berorientasikan domestik susulan peningkatan selera risiko global, kata seorang penganalisis.
24hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan data pembuatan global yang menggalakkan, kata seorang peniaga.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak perlu mengubah suai sistem sedia ada atau membangunkan aplikasi baharu bagi memenuhi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya membangkitkan taksiran tambahan berjumlah RM4.4 bilion sehingga 30 Jun 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mata wang ringgit diunjur mencecah paras purata pada RM4.01 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2026 dan berpotensi menyusut kepada RM4.03 menjelang akhir tahun ini.
24hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan mesti mengguna pakai sistem pematuhan yang lebih pintar, berteraskan data dan berasaskan risiko memandangkan jenayah kewangan kini semakin berasaskan digital, saling berkait selain sukar dikesan.