1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Industri telekomunikasi mudah alih dijangka mencatatkan hasil yang meningkat sedikit antara dua hingga tiga peratus pada 2026 disebabkan pemulihan pasaran yang mambantu mengurangkan kesan perakaunan ekuiti ke atas kerugian bersih Digital Nasional Bhd (DNB).
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ekoran peningkatan ketidaktentuan harga minyak mentah susulan gangguan trafik kapal di Asia Barat serta langkah terbaru AS untuk mengenakan tarif ke atas 60 negara, termasuk Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Syarikat maritim, MISC Bhd diunjur akan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) pendapatan tiga tahun sebanyak 12 peratus, didorong oleh penambahan 19 aset dan sumbangan lebih kukuh daripada milik penuh kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), menurut AmInvestment Bank Research (AmInvestment Bank).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memulakan liputan terhadap Gas Malaysia Bhd (GMB) dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) sebanyak RM6.50.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong hari ini berikutan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang kian memuncak, meningkatkan semula kebimbangan mengenai bekalan tenaga global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara syarikat utiliti terkemuka di ASEAN, kini dalam usaha membangunkan ekosistem perolehan yang lebih berdaya tahan menerusi pengukuhan jalinan kerjasama serantau, kata Ketua Pegawai Perolehannya Ir. Ts. Amir Mahmod Abdullah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).