Pasaran Getah Ditutup Rendah
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat dan ketidaktentuan perdagangan global yang meningkat berikutan cadangan tarif Amerika Syarikat (AS) yang baharu selain jangkaan prospek kadar faedah AS yang tinggi untuk jangka masa panjang.
“Tekanan tambahan adalah daripada permintaan secara bermusim yang lemah di China dan jangkaan bekalan yang mencukupi untuk tempoh jangka pendek daripada pengeluar utama Thailand.
“Bagaimanapun, penurunan sebahagiannya diimbangi oleh data ekonomi global yang positif dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS,” katanya.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 14.5 sen kepada 892.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan lima sen kepada 718.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA