13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.
13hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun AS dijangka menaikkan kadar faedah utamanya selepas ini.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 218.49 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada saham terbitannya untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM79.75 juta.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Firma perkhidmatan kelengkapan dalaman, EGH International Bhd (EGHI) melancarkan prospektusnya bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Oktober 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Infomina Bhd telah memperoleh kontrak RM62.65 juta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi dan penyelenggaraan kepada institusi kewangan di Malaysia.
14hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 15.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2026.
14hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.