4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemeriksaan mata bagi penghidap diabetes berupaya membantu Malaysia menjimatkan antara RM10 juta hingga RM20 juta, melalui pengesanan awal penyakit tersebut serta pencegahan kebutaan yang selaras dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah sekali lagi yang terus menyokong mata wang dolar AS.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur mencecah 3.4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran awal pada 3.2 peratus, disokong oleh pelaburan teknologi yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.
5hari ago
KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
5hari ago
PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih lima peratus tahun ini untuk tiga tahun berturut-turut, didorong prestasi ekonomi yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Susulan penglibatan dalam penghasilan judul permainan video yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Final Fantasy XV dan Street Fighter, pembangun dari Malaysia, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan Daim Dziauddin, mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah studio yang mampu mengetengahkan budaya Asia Tenggara kepada para pemain di seluruh dunia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- SOLIDWORKS, perisian reka bentuk dan kejuruteraan berbantukan komputer (CAD/CAE) milik Dassault Systèmes yang berpangkalan di Perancis, merancang untuk mempertingkat aliran kerja kejuruteraan berasaskan kecerdasan buatan (AI), menambah baik pembantu maya serta mengintegrasikan pengesahan reka bentuk menjelang 2027.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) - Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global kepada pencipta dan pemilik harta intelek, teknologi dan jenama yang inovatif.
6hari ago
Daripada Linda Khoo Hui Li
MANILA, 14 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN pada Sabtu melakar sejarah menerusi pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) yang bertujuan memudahkan urusan perdagangan dalam talian serta membantu perniagaan menjangkau pelanggan di seluruh rantau ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) --Penggiat industri sawit disaran meneliti standard kawalan bahan cemar minyak makan oleh China susulan pelaksanaan standard berkenaan pada Sept lepas, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.