16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.
16hari ago
KLANG, 8 Okt (Bernama) -- GM Klang memperkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar rangkaian peruncitan kelengkapan perkahwinan dan dekorasi rumah, Porcelain Inn Sdn Bhd (PISB) di Lembah Klang.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pendigitalan merupakan sebahagian daripada usaha lebih meluas Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh rangkaian bekalan elektrik Malaysia, tahap Automasi Pengagihan kini berada pada 44 peratus yang meliputi kira-kira 39,400 pencawang, manakala pelaksanaan Infrastruktur Pemeteran Termaju (AMI) telah mencecah 6.1 juta unit.
17hari ago
ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Penggunaan 52 pengangkut kontena elektrik (e-PM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mempercepatkan peralihan pelabuhan itu ke arah operasi terminal yang lebih mesra alam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan memberi sokongan kepada ASEAN School of Regulation (Sekolah Pengawalseliaan ASEAN - ASR) di Malaysia, iaitu satu inisiatif serantau yang bertujuan memperkukuh keupayaan kawal selia serta mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN (APG).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC) menyeru kerajaan supaya mengiktiraf industri kurier sebagai infrastruktur penting kepada ekonomi digital dan ketahanan negara serta menyokong pembangunan berterusannya melalui Belanjawan 2027.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- ASEAN School of Regulation (ASR) (Sekolah Pengawalseliaan ASEAN) telah dilancarkan secara rasmi pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-44, menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuh keupayaan kawal selia dan kerjasama serantau bagi menyokong peralihan tenaga serta sistem kuasa (tenaga elektrik) saling berhubung di ASEAN.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara koperasi dan syarikat swasta berpotensi diperluas ke pelbagai sektor seperti kesihatan dan pendidikan, selain dijadikan model untuk memperkukuh kerjasama antara koperasi Malaysia dengan negara-negara ASEAN.
18hari ago
PASIR GUDANG, 7 Okt (Bernama) -- Johor Port Bhd (Johor Port), ahli kumpulan MMC, sedang giat meneroka peluang bersama PT Pelabuhan Indonesia (Persero) Regional 1 Belawan untuk mewujudkan koridor perdagangan maritim lebih kukuh, menghubungkan Belawan di Sumatera Utara dengan Johor.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.
18hari ago
IPOH, 6 Okt (Bernama) -- Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Spark Capital Development Berhad (SCDB) bagi membangunkan ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (AI) yang menyeluruh di Perak.