13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Prinsip kewangan Islam mampu menerajui pelaburan mampan ketika dunia berusaha menggembleng modal yang besar bagi menangani krisis iklim, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jenama yogurt beku tempatan, Yobe Malaysia menyasarkan pembukaan 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh negara sehingga akhir 2027, tiga bulan selepas pelancaran rasmi pasarannya pada Jun tahun ini.
13hari ago
GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.
15hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM16.08 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu mempertimbangkan penubuhan rangka kerja perkongsian maklumat secara rasmi yang membolehkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) berperanan sebagai 'mata ketiga' dalam melindungi perairan Malaysia dan infrastruktur tenaga luar pesisir yang kritikal.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.