BERITA TERKINI   Seramai 4,008 etnik Rohingya akan diletakkan di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian bagi pengesahan identiti, latar belakang keselamatan - KDN | Penghantaran pulang tahanan warga Myanmar fasa pertama dilaksanakan secara sukarela, selamat dan ikut prosedur - KDN | Sehingga 15 Ogos lepas, 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen seluruh negara - KDN | Tarikh dan jumlah penghantaran pulang warga Myanmar bagi fasa berikutnya akan ditentukan selepas mengambil kira pelbagai aspek - KDN | 1,476 tahanan warga Myanmar dihantar pulang menggunakan tiga kapal Tentera Laut Myanmar dalam fasa pertama hari ini - KDN | 

Terdapat 780 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Penjimatan Subsidi Diesel Dimanfaatkan Semula Bagi Perkukuh Program Bantuan Bersasar - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MBSB Group Lupus 100 Peratus Kepentingan Dalam Pengurusan Aset Amanah MIDF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- MBSB Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Industrial Development Finance Bhd telah melupuskan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam MIDF Amanah Asset Management Bhd (MAAM) kepada Tortoise Works Sdn Bhd.

Pengukuhan Ringgit Cerminan Asas Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi. 

Untung Bersih Westports Naik Kepada RM360.90 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Interim 2.99 Sen

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Untung bersih Westports Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM360.90 juta daripada RM231.63 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Naik Marginal Tengah Hari Seiring Kenaikan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan aktiviti belian berselang-seli jualan dalam beberapa saham berwajaran tinggi terpilih, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau berikutan lonjakan harga minyak mentah.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Prestasi Firma Teknologi Global

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pasaran serantau ketika prestasi pendapatan memberangsangkan syarikat teknologi turut mendorong kenaikan saham berkaitan sektor itu di peringkat tempatan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini, manakala harga minyak mentah yang melonjak dan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat menyebabkan sentimen pasaran kekal berhati-hati, kata seorang penganalisis.

Pembesaran Pelabuhan Sapangar Dijangka Siap Oktober 2027

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar kini mencapai kemajuan 62.75 peratus setakat Jun lepas dan dijangka siap pada Oktober 2027 selepas pelaksanaannya tertangguh akibat kekangan mendapatkan bekalan pasir yang memenuhi spesifikasi projek.

Bank Dunia Kekal Komited Sokong Agenda Kerajaan Digital Malaysia

PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Bank Dunia kekal komited untuk menyokong Malaysia dalam memajukan agenda transformasi digitalnya dengan berkongsi pengalaman antarabangsa, menyediakan sokongan analitikal, memudah cara pertukaran pengetahuan dan bekerjasama merealisasikan cadangan kepada tindakan.

CelcomDigi Tawar Hadiah Bernilai RM20 Juta, Lancar Kempen Hargai Pelanggan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melancarkan kempen ganjaran pelanggan dengan menawarkan hadiah bernilai RM20 juta sebagai tanda penghargaan susulan pencapaiannya mencapai 20 juta pelanggan.

MAHB Catat 51 Juta Pergerakan Penumpang Separuh Pertama 2026 Dipacu Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BEZ Malaysia-Thailand Mampu Pacu Dagangan, Kurangkan Kos Logistik -- Ahli Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (BEZ) berpotensi memberi impak ketara dari segi pengukuhan hubungan dagangan dua hala dan kemajuan ekonomi serantau, kata ahli ekonomi.