BERITA TERKINI   ASA 2026: Pelakon Wanita Drama TV Terbaik dimenangi Noorkhiriah Ahmad Shapie melalui drama Seribu Tahun | ASA 2026: Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik dimenangi Azhan Abdul Rani melalui drama Wok | PM Anwar akui ada kelemahan dalam tindakan berkaitan Waze tetapi pemimpin bertanggungjawab laksana tindakan sepatutnya demi rakyat, negara | PRN Melaka satu kesempatan untuk rakyat menilai semula hala tuju negeri - PM Anwar | PRN Melaka bukan medan caci maki, gunakan ruang terangkan pencapaian, kejayaan kerajaan MADANI - PM Anwar | 

Terdapat 1071 berita berdasarkan kata kunci carian "erl"

AMRO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 & 2027 Malaysia, Didorong Pelaburan Pesat AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).

E-Jamin Beroperasi Lima Tahun Tanpa Kontrak, RM130.8 Juta Wang Jaminan Dilabur - PAC

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.

Nisbah Defisit Kerajaan Persekutuan Menurun Kepada 3.7 Peratus Pada 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2025 bertambah baik dengan penurunan defisit sebanyak RM3.878 bilion, menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 3.7 peratus berbanding 4.1 peratus pada 2024.

LKAN Kesan Kekosongan Perjawatan Home Based Staff Di KBM Jakarta, Beijing Belum Diisi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati beberapa perjawatan di Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China masih belum diisi mengikut waran perjawatan diluluskan, selain kelemahan dalam pelaksanaan pemeriksaan mengejut di KBM Beijing.

Kerajaan Kutip Hanya RM465 Juta Tunggakan Pinjaman Pada 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.

Biodiesel B15 Jimat Penggunaan Diesel Petroleum Sebanyak 23.62 Juta Liter Sebulan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.  

Perdana Menteri Bentang Kertas Kerja Megatrends Khazanah Kepada Kabinet Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Malaysia Perlu Harungi Peningkatan Tekanan Geopolitik, Ekonomi Sebagai Negara Perdagangan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu mengharungi peningkatan ketegangan geopolitik dan tekanan ekonomi sebagai sebuah negara perdagangan yang mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street berikutan pertumbuhan gaji Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah serta-merta oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Malaysia Perlu Pelan Perniagaan Lima Tahun Untuk Kembalikan F1 - Presiden FIA

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang untuk kembali ke kalendar Formula One (F1), namun usaha itu perlu disokong rancangan perniagaan sekurang-kurangnya lima tahun yang merangkumi aspek pembiayaan, promosi dan logistik, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem.

MARGMA Gesa Pengurangan Ses Eksport, Tambah Baik Dasar Cukai Dan Buruh Dalam Belanjawan 2027

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan supaya memansuhkan atau mengurangkan ses eksport, memperkenalkan insentif pelaburan yang lebih kukuh serta menambah baik dasar cukai dan tenaga kerja di bawah Belanjawan 2027.

Ringgit Dibuka Tinggi, Data Pekerjaan AS Jejaskan Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan berlaku kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS semakin berkurangan dalam persekitaran data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan, sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS.