BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | 

Perdana Menteri Bentang Kertas Kerja Megatrends Khazanah Kepada Kabinet Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Ia satu forum yang baik, dan saya akan membentangkan kertas kerja pertama anda mengenai megatrend itu pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini," katanya ketika berucap pada Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2026 di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata KMF mengupas cabaran global utama menerusi perspektif kuasa, termasuk geopolitik, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan dan teknologi.

Ad Banner

Bertemakan “Who's Got the Power? Watching the Watchmen in an Imbalanced World', KMF 2026 merupakan satu penelitian mendalam mengenai di mana terletaknya kuasa, bagaimana ia dilaksanakan, dan bagaimana ia boleh diimbangi merentas sektor kewangan, teknologi, tenaga dan tadbir urus.

KMF membantu para peserta meneliti bagaimana perubahan global yang besar memberi kesan kepada pasaran, syarikat, dasar awam, pembangunan ekonomi dan masyarakat.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner