BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 102 berita berdasarkan kata kunci carian "hartanah"

Aktiviti Buru Saham Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Klanggroup Serah Dua Pembangunan Hartanah Dengan GDV RM1.74 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.

AHB Kekalkan Agihan Pendapatan Lima Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengekalkan agihan pendapatan sebanyak lima sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2026, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.

Kenaikan Had Maksimum Pembiayaan LPPSA Bakal Pacu Pemilikan Rumah, Pasaran Hartanah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.

KPMG Gesa Kredit Cukai Input Bersasar, Bayaran Balik Disegera Jika Gabung Elemen GST Dalam SST

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- Mekanisme kredit cukai input bersasar untuk transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B) perlu dipertimbangkan sekiranya ciri-ciri cukai barang dan perkhidmatan (GST) terpilih dimasukkan ke dalam rangka kerja cukai jualan dan perkhidmatan (SST), menurut KPMG Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ditekan Lonjakan Hasil Bon, Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.

Untung Bersih Gamuda Bagi Tahun Kewangan 2026 Melonjak Kepada RM1.05 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Gamuda Bhd meningkat sebanyak lima peratus kepada RM1.052 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2026 sekali gus mencatatkan rekod prestasi kewangan tertinggi bagi tahun kelima berturut-turut.

Ayer Holdings Cadang Peroleh Dua Lot Tanah Di Kuchai Lama Bernilai RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.

Unit Sunsuria Jual Tanah Di Dengkil Pada Harga RM316.84 Juta 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 99.99 peratus Sunsuria Bhd, Sunsuria City Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Amazon Data Services Malaysia Sdn Bhd untuk menjual sebidang tanah di Dengkil, Selangor pada harga tunai kira-kira RM316.84 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.