BERITA TERKINI   Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | 

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, mencatatkan peningkatan semula dan mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau susulan pelantikan semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia.

Saham teknologi merupakan antara kaunter paling untung, dengan Malaysian Pacific Industries menambah RM1.80 kepada RM37.00, ViTrox meningkat 45 sen kepada RM9.20, UWC naik 40 sen kepada RM6.05, Frontken Corporation menokok 19 sen kepada RM4.59 dan MI Technovation naik 15 sen kepada RM5.74. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.63 mata atau 0.81 peratus kepada 1,561.68 daripada 1,549.05 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 12.27 mata kepada 1,561.32 dan bergerak antara 1,560.82 dan 1,572.29 pada sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 751 berbanding 360 manakala 474 kaunter tidak berubah, 1,239 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.26 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 3.11 bilion unit bernilai RM2.81 bilion pada Isnin.   

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peningkatan semula yang kukuh itu merupakan perkembangan yang memberangsangkan, terutamanya selepas pembetulan pasaran baru-baru ini mendorong penilaian saham mewah terpilih menjadi lebih menarik.

Bagaimanapun, katanya terlalu awal untuk merumuskan bahawa sentimen pasaran lebih baik secara asasnya dan pemulihan yang lebih mampan memerlukan belian yang lebih kukuh dan prospek pelaburan teknologi global yang lebih jelas.

“Asas domestik Malaysia yang berdaya tahan dan prospek pendapatan korporat yang baik dijangka terus memberikan sokongan asas,” katanya kepada Bernama. 

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata indeks utama berpotensi meneruskan pemulihan yang dicatatkan baru-baru ini, dengan sentimen pasaran dijangka disokong oleh keadaan pasaran serantau yang lebih baik dan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Bagaimanapun, pelabur dijangka kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, berpotensi mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed),” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 25 sen kepada RM10.14, Public Bank naik empat sen kepada RM4.54, CIMB meningkat empat sen kepada RM7.09, Tenaga Nasional menurun dua sen kepada RM12.44 dan IHH Healthcare berkurangan tujuh sen kepada RM7.86.

Dalam dagangan aktif, Impact Capital yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat setengah sen kepada 22.5 sen. Dagang NeXchange menambah dua sen kepada 42.5 sen, Nationgate naik 15 sen kepada RM1.59, Nexgram menurun 1.5 sen kepada 2.5 sen dan MAG Holdings tidak berubah pada 16 sen.

Kaunter paling untung ialah Nestle meningkat RM2.04 kepada RM95.04, Kelington menambah 42 sen kepada RM7.07, Mega Fortris naik 41 sen kepada RM1.94, Kuala Lumpur Kepong menokok 34 sen kepada RM20.80 dan Sam Engineering & Equipment naik 25 sen kepada RM3.62.

Kaunter paling rugi ialah KPJ Healthcare menurun 26 sen kepada RM2.40, Lebtech merosot 24 sen kepada 59 sen, MN Holdings berkurangan 20 sen kepada RM2.66, Dutch Lady menyusut 20 sen kepada RM27.80 dan Petronas Dagangan menurun 18 sen kepada RM19.22.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 95.28 mata kepada 11,511.73, Indeks FBM Top 100 naik 88.76 mata kepada 11,357.65 dan Indeks FBM ACE menambah 40.74 mata kepada 4,737.56.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 62.54 mata kepada 11,351.11 dan Indeks FBM Mid 70 naik 113.62 mata kepada 16,215.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 192.10 mata kepada 18,488.01, Indeks Perladangan naik 74.05 mata kepada 8,641.08, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 2.24 mata kepada 160.52 dan Indeks Tenaga menokok 3.13 mata kepada 737.08.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.54 bilion unit bernilai RM2.72 bilion daripada 1.52 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran menurun kepada 955.37 juta unit bernilai RM97.17 juta daripada 1.09 bilion unit bernilai RM121.08 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 766.25 juta unit bernilai RM260.58 juta daripada 487.97 juta unit bernilai RM198.33 juta pada Isnin.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 258.70 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (316.39 juta), pembinaan (126.12 juta), teknologi (328.66 juta), perkhidmatan kewangan (80.17 juta), hartanah (80.27 juta), perladangan (33.58 juta), amanah pelaburan hartanah (7.51 juta), dana tertutup (191,000), tenaga (97.51 juta), penjagaan kesihatan (41.52 juta), telekomunikasi dan media (37.97 juta), pengangkutan dan logistik (45.23 juta), utiliti (92.50 juta) dan amanah perniagaan (7,100).

-- BERNAMA