Terdapat 90 berita berdasarkan kata kunci carian "dagangan"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.

MIDA Gesa Strategi Pelaburan Terselaras Untuk Jadikan Borneo Hab Pelaburan

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Risiko Global Semakin Baik

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.

AHTV Catat Pelaburan Direalisasikan RM7 Bilion Bagi Tempoh 2018-2026

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak mencatatkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM7 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2026, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin. 

ASEAN Perlu Perkukuh Keselamatan Tenaga, Percepat Pembangunan Grid Elektrik Serantau

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Prestasi Wall Street

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Stok Minyak Sawit

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi.

Eksport Makanan Laut Jepun Ke Malaysia Melonjak 40 Peratus

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Eksport makanan laut Jepun ke Malaysia meningkat kira-kira 40 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama 2026, didorong oleh permintaan kukuh terhadap produk premium serta semakin ramai pengguna yang mula menggemari masakan Jepun.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.