Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan COMEX AS
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$3,997.6 setiap auns troy daripada US$4,017.3 pada Isnin manakala kontrak November 2026 menurun kepada US$4,013.3 daripada US$4,033.0 sebelumnya.
Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing kekal pada US$4,028.0 setiap auns troy, tidak berubah ketika ditutup pada Isnin.
Jumlah dagangan turun kepada 71 lot daripada 94 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 153 kontrak daripada 177 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,023.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 26 Okt, 2026.
-- BERNAMA