BERITA TERKINI   HKHM sempena 70 tahun kemerdekaan negara tahun depan amat signifikan, persiapan awal perlu dilaksana pastikan penganjuran capai matlamat - Fahmi | HKHM 2026 tarik sumbangan berjumlah RM51.5 juta daripada 147 rakan strategik, ditonton jutaan rakyat secara fizikal dan menerusi siaran langsung - Fahmi | Setiap kementerian diseru anjur program ‘flagship’ masing-masing sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun depan - Fahmi | Lembaga Pengarah Matang Bhd menggantung tugas ketua pegawai kewangan yang juga ketua pegawai operasinya berkuat kuasa hari ini bagi memudahkan urusan penyiasatan dalaman | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Stok Minyak Sawit

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang tinggi pada Oktober serta ketidaktentuan permintaan eksport terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami mengesan paras sokongan sekitar RM4,650 satu tan, manakala paras rintangan dijangka pada RM4,850.

“Kalangan peniaga juga memantau rapat harga minyak soya dan minyak mentah untuk mendapatkan hala tuju pasaran seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata penurunan harga MSM turut disebabkan oleh kelemahan harga tenaga dan niaga hadapan minyak sayuran berkaitan, terutamanya di Bursa Komoditi Dalian dan Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata tumpuan kini kembali beralih kepada keadaan sebenar bekalan dan permintaan, memandangkan stok minyak sawit Malaysia pada akhir Oktober dijangka meningkat lagi walaupun prestasi eksport kukuh, dengan pengeluaran terus melebihi jangkaan pasaran.

Merujuk data Intertek Testing Services beliau berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 25 Okt 2026 dianggarkan sebanyak 1.304 juta tan, meningkat 46.89 peratus berbanding anggaran eksport bagi tempoh 1 hingga 25 Sept.

Pasaran kini menantikan data daripada juruukur kargo Amspec Agri Malaysia bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

“Sementara itu, Persatuan Minyak Sawit Malaysia menganggarkan pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 20 Okt 2026 meningkat enam peratus berbanding tempoh 1 hingga 20 Sept 2026,” katanya.

 Pada penutup dagangan, kontrak November 2026, Disember 2026 dan Januari 2027 masing-masing susut RM29 kepada RM4,558, RM4,704 dan RM4,789 satu tan.

Kontrak Februari 2027 turut turun RM29 kepada RM4,873 satu tan, manakala Mac 2027 susut RM28 kepada RM4,948 satu tan dan April 2027 merosot RM32 kepada RM4,998 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 54,448 lot daripada 91,028 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 342,858 kontrak daripada 341,116 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi November Selatan susut RM20 kepada RM4,530 satu tan.

-- BERNAMA