3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu ketika pelabur menantikan pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 pada tengah hari ini.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) - Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa namun menyusut berbanding mata wang utama lain serta mata wang negara-negara serantau susulan jangkaan langkah dasar yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini telah mengeluarkan dokumen dasar yang mewujudkan rangka kerja kawal selia untuk kewangan terbuka bagi memudahkan perkongsian maklumat pelanggan berdasarkan persetujuan dalam sektor kewangan dengan cara yang selamat, terbuka, boleh diakses, saling beroperasi dan tepat pada masanya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- MBSB Bank Bhd dan WIH Malaysia Building Materials Sdn Bhd (WIH Malaysia) memeterai perjanjian pembiayaan berjumlah RM1.0 bilion bagi membangunkan loji pembuatan simen dan batu kapur bersepadu di Gua Musang, Kelantan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kesediaan grid, kepastian kawal selia, struktur hasil yang berdaya maju dari segi komersial serta pengurusan risiko yang berkesan adalah penting untuk menterjemahkan potensi tenaga angin kepada pelaburan yang boleh dibiayai oleh bank dan pertumbuhan mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan kebimbangan terhadap jumlah penyertaan dalam fasa rintis MediAsas di Lembah Klang yang disifatkan terlalu kecil dan tidak mewakili keseluruhan pengguna perkhidmatan kesihatan swasta.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- HLGY Energy Sdn Bhd (HLGY Energy) sedang memperkukuh peranannya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia menerusi pembangunan Loji Tenaga Suria Kedah Rubber City (KERC SPP), iaitu projek fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 119.7 megawatt (MW) yang disepadukan dengan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt-jam (MWh).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dalam sentimen pasaran yang suram berikutan kebimbangan mengenai Nvidia Corporation dan langkah berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) esok yang menyebabkan pedagang tidak memasuki pasaran.
3hari ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2026 dijangka kekal pada 5.3 peratus, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2026 yang dijadualkan esok.