9hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu yang dijadualkan esok, kata penganalisis.
9hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai sasaran defisit fiskal 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 sekiranya andaian Belanjawan 2027 kekal seperti dijangkakan, meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tertekan akibat paras stok yang tinggi dan corak pengeluaran bermusim, dengan kemungkinan berlaku fenomena El Niño akan menyokong harga pada 2027, menurut firma penyelidikan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 memperkukuh hala tuju dasar kelestarian Malaysia merangkumi penyahkarbonan, daya tahan terhadap perubahan iklim dan keterangkuman sosial, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen positif susulan pembentangan Belanjawan 2027.