BERITA TERKINI   Pengacara Bernama TV Muhammad Dinnie Asyraf Salim dinobatkan Pengacara TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 | Young Tigers tewaskan Pakistan menerusi penentuan penalti, tamatkan penantian 13 tahun juarai Piala Sultan Johor (SoJC) | ASA 2026 iktiraf sumbangan warga industri penyiaran dalam menyampaikan maklumat dan menghasilkan hiburan berkualiti - Fahmi | Permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM15 juta bagi enam kategori di bawah FINAS dibuka mulai 16 Nov - Fahmi | Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perling, Johor petang semalam - Polis | 

Terdapat 957 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Faedah Fed

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) menangguhkan kenaikan kadar faedah bulan depan berikutan data sentimen pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Kenaikan Had Maksimum Pembiayaan LPPSA Bakal Pacu Pemilikan Rumah, Pasaran Hartanah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.

Gulf Air Kembali Ke KLIA Seiring Peningkatan Permintaan Bagi Perjalanan Udara - Hasbi

SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Penyambungan semula perkhidmatan Gulf Air ke Kuala Lumpur dijangka menawarkan kapasiti tambahan bagi penerbangan antarabangsa berikutan trafik penumpang udara Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 109.7 juta tahun ini.

TNG Digital, Webull Malaysia Bekerjasama Perkenal Dagangan Saham Global Dalam TNG Ewallet

PETALING JAYA, 30 Sept  (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd dan Webull Securities (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama untuk memperkenalkan dagangan saham global menerusi GOfinance dalam TNG eWallet, yang membolehkan rakyat Malaysia yang layak mengakses ke pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong serta pasaran saham A China.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan, Dipacu Sektor Utiliti

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.

Persidangan JC3 Journey To Zero Perkukuh Peranan Sektor Kewangan Dalam Memacu Pertumbuhan Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persidangan Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (JC3) Journey to Zero 2026 memperkukuh peranan penting industri kewangan dalam memacu agenda pertumbuhan Malaysia yang mampan dan berdaya tahan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Pembukaan Dagangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti belian pada harga rendah berikutan penurunan baru-baru ini, di sebalik petunjuk negatif dari Wall Street.

Belanjawan 2027 Diharap Ketengah Dasar Automotif, Kerangka Pembaharuan Kenderaan - Proton

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) berharap Belanjawan 2027 akan mengetengahkan dasar automotif jangka panjang yang melibatkan keterangkuman teknologi bagi menyokong peralihan industri ke arah kenderaan elektrifikasi (xEV).

KPMG Gesa Kredit Cukai Input Bersasar, Bayaran Balik Disegera Jika Gabung Elemen GST Dalam SST

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- Mekanisme kredit cukai input bersasar untuk transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B) perlu dipertimbangkan sekiranya ciri-ciri cukai barang dan perkhidmatan (GST) terpilih dimasukkan ke dalam rangka kerja cukai jualan dan perkhidmatan (SST), menurut KPMG Malaysia.

Petronas Muktamadkan Pelaburan Fasa 2 LNG Canada, Buka Potensi Pelaburan CA$33 Bln - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersama rakan usaha samanya telah berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi Fasa 2 projek gas asli cecair (LNG) Canada di Kitimat, British Columbia.