BERITA TERKINI   MOF, Kementerian Komunikasi teliti proses kawal selia pendaftaran bagi platform e-dagang - Fahmi | KSN akan umum jika terdapat perubahan skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2026 petang ini susulan situasi jerebu - Fahmi | Jerebu: JAKIM laksana solat hajat, bacaan doa di tiga masjid utama malam ini | Pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pecah amanah dana NGO RM13.85 juta, AMLA lebih RM1.5 juta | Anak syarikat IJM Corp peroleh projek semikonduktor dan teknologi perubatan bernilai RM909.5 juta | 

Terdapat 489 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

Lim Hock San Daripada LBS Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Bhd Tan Sri Dr Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Desatera Sasar Tambah Kira-kira 15 Outlet Komersial Pada 2026

BANGI, 23 Jun (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group, menyasarkan untuk meningkatkan jumlah outlet komersial kepada sekurang-kurangnya 15 premis tahun ini berbanding sembilan pada masa ini dalam usaha memacu pertumbuhan masa depan.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Berterusan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.

Generali Malaysia, Amanah Raya Lancar Gen Sinar Lindungi Keluarga Kurang Mampu

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Generali Insurance Malaysia Bhd (Generali Malaysia) menerusi kerjasama dengan Amanah Raya Bhd (AmanahRaya), telah melancarkan pelan insurans kemalangan diri mampu milik Gen Sinar bagi memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan.

AEON Credit Sasar Pertumbuhan Pinjaman 8.0 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menyasarkan pertumbuhan pinjaman sekitar lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari, 2027, dipacu oleh pengembangan hasil, kualiti aset yang stabil dan kecekapan operasi yang dipertingkat.

UK, Malaysia Mulakan Rundingan Mengenai Perjanjian Perdagangan Digital

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur mengumumkan bahawa rundingan mengenai perjanjian perdagangan digital (DTA) yang baharu antara United Kingdom (UK) dan Malaysia telah bermula.

Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Korea Selatan Menerusi Delegasi Terbesar KIE

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan kehadirannya di pasaran Korea Selatan dengan penyertaan terbesarnya di Ekspo Import Korea (KIE) 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Diplomasi Dengan Semua Negara Bantu Jamin Bekalan Tenaga Jangka Panjang Sektor Logistik, Pengangkutan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Jaminan perjanjian jangka panjang untuk membekalkan minyak, gas dan diesel bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun memberi manfaat serta kestabilan kepada sektor logistik dan pengangkutan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

BNM, SC Adakan Mesyuarat Sulung Panel Penasihat MIFC Perkasa Agenda Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengadakan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) semalam.

Alpha Story Lancar Penyelesaian Komunikasi Pasaran Dikuasakan AI Untuk PMKS Indonesia

JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat berpangkalan di Singapura, Alpha Story melancarkan penyelesaian komunikasi pemasaran di Indonesia yang menyasarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi profesional lebih mudah diakses oleh perniagaan kecil.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia susut pada akhir urus niaga Isnin ketika pelabur bertindak mengambil untung masing-masing selepas peningkatan pasaran tempatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Lawatan Anwar Ke Turkmenistan Perkukuh Kredibiliti Syarikat Malaysia – Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan baru-baru ini, yang menyaksikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai beberapa perjanjian baharu selepas 30 tahun bertapak di negara itu, perlu dilihat lebih daripada sekadar misi diplomatik, menurut pakar ekonomi.