Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), bersama TotalEnergies EP CCS Malaysia dan Mitsui & Co Ltd menandatangani perjanjian usaha sama (JVA) untuk membangunkan kawasan penyimpanan CO2 di luar pesisir Semenanjung Malaysia.
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Masa depan sektor pengangkutan perlu menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan pada masa sama menangani cabaran alam sekitar secara bertanggungjawab, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.36 peratus susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, mengatasi prestasi kebanyakan pasaran serantau yang ditutup rendah, kata penganalisis.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas niaga hadapan getah serantau menunjukkan pengukuhan yang menyokong sentimen tetapi telah diimbangi oleh permintaan yang lemah daripada sektor pembuatan tayar China, menurut seorang peniaga.
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.