Terdapat 239 berita berdasarkan kata kunci carian "rm2"

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, mencatatkan peningkatan semula dan mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau susulan pelantikan semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia.

Petronas Chemicals Kembali Untung Pada Suku Ketiga, Catat Untung Bersih RM179 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 dengan keuntungan bersih sebanyak RM179 juta berbanding kerugian bersih RM289 juta pada suku sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik ke atas saham-saham teknologi tempatan apabila Nvidia melantik semula Jensen Huang sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya.

Impact Capital Dibuka Tinggi Pada Hari Pertama Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Syarikat berkaitan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Impact Capital Holdings Bhd membuat penampilan pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan dibuka pada harga 32 sen sesaham.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Perkembangan Berkaitan Nvidia Tingkatkan Sentimen

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman susulan perkembangan berkaitan kepimpinan Nvidia meningkatkan sentimen terhadap saham teknologi di bursa tempatan.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga TH Plantations Meningkat Kepada RM35.82 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

iCents Group Raih Tiga Kontrak Bernilai RM85.69 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya VC Engineering Sdn Bhd dan Maytech Cleanroom Manufacturing Sdn Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai keseluruhan RM85.69 juta dalam sektor pusat data dan semikonduktor.

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

Untung Bersih Suku Ketiga KPJ Healthcare Naik Kepada RM106.31 Juta, Umum Dividen 1.20 Sen

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Emits Bhd Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Catat Lebihan Langganan 6.4 Kali

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.

Keuntungan Bersih KSL Suku Ketiga Meningkat 3.0 Peratus Kepada RM104.94 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

KLCCP Stapled Group Catat Untung Bersih RM203.87 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.