BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | 

Terdapat 31 berita berdasarkan kata kunci carian " sukuk"

​​​​​​​PAAB Lancar Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, Tampilkan Pembiayaan Biru

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, sekali gus mencatat tiga pencapaian penting di peringkat nasional.

SC Keluar Nota Panduan Sukuk Agar Sejajar Dengan Maqasid Al-Shariah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan Nota Panduan Mengenai Sukuk : Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Shariah Pasaran Modal Islam Malaysia untuk mengukuhkan penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Shariah.

KOPSYA Catat Untung Bersih Sebanyak RM12.7 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM12.7 juta bagi tahun kewangan 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi kewangan koperasi yang diyakini.

Malaysia Pada Kedudukan Kukuh Teraju Pembiayaan Peralihan Tenaga - TNB

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Sambutan memberangsangkan terhadap dua terbitan bon Islam oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjumlah RM2.5 bilion bagi projek peralihan tenaga menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan kukuh untuk menerajui pembiayaan peralihan tenaga di rantau ini.

Bank Rakyat Terbit Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 RM300 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerbitkan Sukuk Subordinat Tahap 2 berasaskan Murabahah bernilai RM300 juta menerusi syarikat tujuan khas (SPV), Mumtaz Rakyat Sukuk Bhd.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan. 

Uzbekistan Kukuh Kawal Selia Kewangan Islam Dengan Bantuan Universiti INCEIF

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.