5hari ago
BATU KAWAN, 19 Sept (Bernama) – Kerajaan berusaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peniaga tempatan agar mereka dapat menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, di samping menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi.
6hari ago
SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Industri Alat, Dai dan Acuan (Tool, Die and Mould) (TDM) Malaysia bersedia melangkah ke fasa transformasi digital dan berdaya saing di peringkat global menerusi pelancaran Projek NEW TDM (NEW TDM Project) bulan depan.
6hari ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta.
6hari ago
GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.
6hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Seramai 80 usahawan wanita termasuk 20 dari luar negara akan membuka reruai di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) menerusi Inisiatif Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kali sebagai komponen teras strategik pameran itu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penyertaan Proton Holdings Bhd (Proton) sebagai rakan mobiliti rasmi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).
7hari ago
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Serai Johawaki menyasarkan pembukaan Serai Estate di Ipoh sebagai hab strategik pertama kumpulan itu di luar Lembah Klang menerusi pelaburan kira-kira RM15 juta, sebelum kumpulan itu mengembangkan operasinya ke Pulau Pinang dan Johor.
7hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persidangan WAIC Connect Malaysia 2026 yang ditaja oleh Huawei telah menghimpunkan penyedia teknologi kecerdasan buatan (AI), penggiat industri dan perniagaan untuk meneroka aplikasi praktikal teknologi tersebut serta memupuk kerjasama dalam ekosistem AI.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menampilkan lima studio permainan Malaysia di Pavilion Malaysia pada acara Tokyo Game Show (TGS) 2026 di Chiba, Jepun, dari 17 hingga 21 September, 2026.