1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 dirangka berpandukan 10 bidang tumpuan yang berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI serta keutamaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
1bulan ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
KULAI, 13 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) meneruskan program jelajah seluruh negara menerusi acara Road to Growth (R2G) 2026 di wilayah selatan, bertujuan untuk menghubungkan perniagaan di Johor dengan peluang pengkomersialan teknologi, pelaburan dan pasaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sabah bakal memperoleh 30 peratus pegangan dalam dua lapangan minyak dan gas baharu di Pantai Timur negeri ini, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
1bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan usahawan Sabah menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 dan mendaftar dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang dianjurkan bersempena pameran itu.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas sentimen mula melonjak berikutan keuntungan dalam saingannya, minyak kacang soya termasuk belian semasa harga rendah, kata CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) telah meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) bagi meneruskan pembangunan fasa ketiga medan air dalam Malikai di luar pesisir Sabah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.
1bulan ago
LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mesti menganggap pematuhan sebagai satu keupayaan strategik bagi memperkukuh daya saing dan bukan sekadar keperluan pengawalseliaan.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan Sabah berada pada paras RM105.5 bilion pada 2025 kekal di atas paras RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia iaitu kenderaan kompak mampu milik dan menjadi pilihan mobiliti utama di negara ini, sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta.