3hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah mempercepat pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta memperkukuh akses pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk menerusi pembiayaan berasaskan kontrak dan invois.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Sebanyak 56 peratus ketua ekonomi yang ditinjau menjangkakan prospek ekonomi global kekal stabil atau bertambah baik, peningkatan ketara berbanding tinjauan pada Mei apabila 89 peratus menjangkakan keadaan ekonomi akan merosot, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laporan terbaharunya, Chief Economists’ Outlook - September 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada 4.7 peratus pada 2026, dipacu oleh eksport serta pelaburan berkaitan teknologi selain permintaan domestik yang memberangsangkan, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
3hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 22 Sept (Bernama) -- Keadaan kewangan Singapura secara keseluruhannya kekal berdaya tahan meskipun persekitaran global tidak menentu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah pemuktamadan Kerangka Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dapat memberi kejelasan berhubung pelaksanaannya menjelang tarikh penguatkuasaan pada akhir Disember 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pelaburan pusat data dijangka menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dengan permintaan elektrik daripada sektor itu diunjurkan melebihi 8,000 megawatt (MW) menjelang 2035, bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Apex Securities Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menyerap kos tambahan RM120 juta hingga RM150 juta bagi tempoh September hingga Disember 2026 berikutan pengecualian kerajaan yang diperluas untuk pengguna kediaman daripada mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), caj runcit serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Isnin berikutan pelabur menilai kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat lepas.