BERITA TERKINI   Negara akan tempang jika dipacu oleh kemarahan, sebaliknya mesti dipandu oleh ilmu - PM Anwar | 

Terdapat 957 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

KDNK Malaysia Bagi 2026 Diunjur 5.7 Peratus Dipacu Pembuatan, Pelaburan Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.

MNRB Holdings Isytihar Dividen Akhir 15 Sen Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 15.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2026.

Lawatan Kerja Ke China Raih Potensi Pelaburan Lebih RM28 Bilion - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil daripada perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

PM Anwar Tegaskan hubungan Malaysia-China Berasas Kepercayaan Kukuh, Puji Kepimpinan Presiden Xi 

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan     bahawa kepercayaan yang telah lama terbina serta keyakinan bersama menjadi asas kepada hubungan dua hala Malaysia-China, sambil menyifatkan kerjasama itu melangkaui hubungan diplomatik tradisional.

Malaysia Kekal Terbuka Kepada Pelaburan China Dalam Teknologi - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan terus terbuka kepada pelaburan serta kerjasama China dalam bidang teknologi digital yang mampu membawa pelbagai manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Belanjawan 2027: Pendapatan, Gaji Rakyat Perlu Terus Jadi Keutamaan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Anwar, Li Qiang Bincang Perkukuh Hubungan Strategik Malaysia-China

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang untuk memperkukuh lagi hubungan strategik dan kerjasama antara Malaysia dengan China.

Malaysia Gesa AI Beretika, Perdagangan Digital Terbuka Bagi Perkasa Negara Selatan Global

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pendekatan berteraskan etika terhadap kecerdasan buatan (AI) serta rejim perdagangan digital yang lebih terbuka dan berasaskan peraturan untuk memastikan negara-negara membangun turut meraih manfaat daripada kemajuan teknologi.

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Institut Pengarah Korporat Malaysia Lantik Sridharan Nair Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 24 Sept  (Bernama) -- Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) melantik Sridharan Nair sebagai ahli lembaga pengarahnya, sekali gus membawa pengalaman serantau yang bernilai untuk mempertingkat keupayaan lembaga pengarah dalam bidang audit, tadbir urus dan kepimpinan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.