28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, dipacu aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan dan perladangan berikutan penurunan baru-baru ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tarif baharu di bawah Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan terhad terhadap eksport ke negara itu dalam tempoh terdekat, disokong oleh pengecualian produk yang meluas serta kadar tarif efektif yang lebih rendah berbanding jangkaan awal.
28hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, menurut seorang peniaga.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk mewujudkan kemudahan jaminan sebanyak RM1.3 bilion, bertujuan meningkatkan akses pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sendiri untuk menjadi pengeluar teknologi kompetitf global serta pada masa sama menyediakan tenaga kerja sedia masa depan demi menjana faedah daripada kebangkitan ekonomi Asia, kata Pengasas Bersama Strategic Intelligence Prof Henrik von Scheel.
28hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.
28hari ago
JAKARTA, 27 Julai (Bernama) -- Gabenor Bank Indonesia (BI) Perry Warjiyo telah menyerahkan surat peletakan jawatannya manakala Timbalan Gabenor Kanan Destry Damayanti akan mengambil alih jawatan secara automatik sebagai Pemangku Gabenor selaras dengan peruntukan Undang-Undang BI.
28hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
28hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2026 berbanding unjuran awal 4.6 peratus, didorong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).
28hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.