BERITA TERKINI   ATM lancar Tim Nukleus Angkatan Siber, depani ancaman peperangan era digital - Menteri Pertahanan | Institusi pondok perlu didedahkan kepada AI yang berpotensi besar sebagai alat dakwah dan pembangunan umat Islam - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, disiplin masing-masing - PM | Kerajaan akan bantu perkemas, martabat institusi pondok termasuk kemudahan fizikal, disiplin ilmu dan pengajian baharu - PM | Op Fella: SPRM rakam keterangan bekas Pengerusi Felda Isa Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept - KP SPRM | 

Terdapat 940 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

BNM Akan Nilai Semula Data Makroekonomi Menjelang Mesyuarat MPC - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai semula perkembangan makroekonomi yang terkini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang dalam tempoh dua minggu sebelum memutuskan pendirian dasar monetari yang bersesuaian.

Konsistensi Dasar, Asas Ekonomi Kukuh Sokong Keyakinan Pelabur - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Tiada Semakan Terhadap Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Buat Masa Ini - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 buat masa ini dan kekal yakin bahawa pertumbuhan dijangka mencapai kira-kira lima peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Kekal Stabil Keseluruhannya Berbanding Mata Wang Rakan Dagangan Utama Pada Suku Kedua 2026 - BNM

KUALA LUMPUR,14 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal stabil secara amnya berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua 2026, meskipun keadaan kewangan global yang terus berubah, khususnya berikutan perubahan jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Ekonomi Malaysia Berkembang 6.0 Peratus Pada Suku Kedua 2026, Atasi Anggaran Awal DOSM - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

MBSB IB Jangka Ekonomi Malaysia Berkembang 5.9 Peratus Tahun Ke Tahun Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN Menjelang Pengumuman KDNK Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 hari ini, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) mungkin kekal lebih tinggi bagi tempoh yang lebih lama, meskipun data inflasi yang lebih rendah berbanding jangkaan. 

Maxis Lantik Goh Seow Eng Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Goh Seow Eng sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini.

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman KDNK Esok

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua esok, pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat selepas data inflasi AS seiring dengan jangkaan yang menyokong mata wang AS.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

Belanjawan 2027: Mah Sing Cadang Langkah Perkasa Pemilikan Rumah Pembeli Pertama

vKUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan terus menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda dan isi rumah berpendapatan sederhana menerusi cadangannya bagi Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Okt ini.