Terdapat 718 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Kerangka Penyenaraian Dwi IPO Malaysia-Hong Kong Berkuat Kuasa September 2026

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mengalami penurunan baru-baru ini, meskipun prestasi Wall Street yang lemah memberi petunjuk sebaliknya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Hampir Tidak Berubah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka hampir tidak berubah dalam dagangan awal pada Selasa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Permintaan Eksport Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam permintaan luar negara untuk minyak sawit Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Berikutan Pelabur Tidak Memasuki Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.

Inta Bina Group Peroleh RM115.65 Juta Kontrak Pembinaan Daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd iaitu Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja pembinaan utama bernilai RM115.65 juta daripada Sime Darby Property (KL East) Sdn Bhd.

JV MN Holdings Peroleh Kontrak RM122.31 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).

ITMAX Peroleh Kelulusan MCMC Untuk Projek Bandar Pintar RM134.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilantik sebagai penyedia perkhidmatan sejagat bagi Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu bernilai RM134.3 juta.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia Derivatives dengan lebih tinggi pada Isnin.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bersih Dua Minggu Berturut-Turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM451.1 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.