BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

ITMAX Peroleh Kelulusan MCMC Untuk Projek Bandar Pintar RM134.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilantik sebagai penyedia perkhidmatan sejagat bagi Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu bernilai RM134.3 juta.

Penyedia penyelesaian bandar pintar itu berkata dalam pemfailan di Bursa Malaysia bahawa syarikat bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembekalan, pemasangan, integrasi, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan Pusat Operasi dan Arahan Rangkaian (Network Operation Command Centre) serta Sistem Pintar yang akan dilaksanakan di seluruh Kota Kinabalu.

"Tempoh perkhidmatan keseluruhan merangkumi dua peringkat, iaitu tempoh pelaksanaan sehingga 24 bulan dan tempoh operasi selama lima tahun, bermula selepas tempoh pelaksanaan selesai," menurutnya.

Ad Banner

ITMAX memaklumkan kelulusan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang tempoh perkhidmatan berkenaan.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner