15hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu hadapan di tengah-tengah paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.
15hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk hari kedua berturut-turut berikutan pemulihan harga emas dalam pasaran global.
15hari ago
BALING, 4 Sept (Bernama) – MBSB Bank Berhad menyediakan pembiayaan patuh syariah bernilai RM78 juta untuk menyokong pelaksanaan projek tenaga solar di 32 kemudahan milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kedah.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Beberapa penerbangan AirAsia mungkin dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu di beberapa bahagian di Malaysia Timur dan Kalimantan Barat.
15hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, ketika pasaran terus memantau hala tuju kadar faedah AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15 dan 16 Sept ini.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.
15hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran getah serantau, kata seorang peniaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd memperluas kapasiti pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia menerusi pembukaan kemudahan baharunya di Zon Perindustrian Bebas Perai, Pulau Pinang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), telah mempertingkatkan keupayaan Petronas myPROdata dengan kecerdasan buatan (AI) berejen untuk menyediakan pandangan mengenai data penerokaan dan pengeluaran (E&P) Malaysia kepada pelabur dan pemain industri.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.